Memang x dapat dinafikan,,,,
aq memang ade bende alah nie....urmm....
aq nk story sikit pasal bende nie....
Apakah itu Hepatitis BPenyakit
Hepatitis B ialah sejenis penyakit wabak (epidemik) yang 'senyap' dan
merupakan masalah kesihatan awam sejagat yang utama. Ia merupakan
jangkitan pada organ hati oleh kuman virus Hepatitis B (HBV). Hepatitis
bermaksud keradangan hati yang lazimnya menyebabkan hati membengkak dan
terasa lembut. Kadangkala ia membawa kerosakan hati yang berkekalan.
Lebih daripada 300 juta penduduk dunia dijangkiti oleh penyakit
hepatitis B ini.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan hepatitis B sebagai
penyebab utama yang kesembilan yang menyebabkan kematian di dunia.
Kira-kira 1.3 juta rakyat Malaysia didapati menjadi pembawa kuman virus
hepatitis B. Mereka ini kelihatan sihat tetapi mampu secara
senyap-senyap menjangkiti orang lain. Pembawa kuman hepatitis B yang
kronik mempunyai 200 kali ganda risikonya untuk mendapat kanser hati
berbanding dengan mereka yang normal.
Bagaimana Virus Hepatitis B Merebak?1.
Virus Hepatitis B terdapat di dalam cecair badan mereka yang dijangkiti
penyakit hepatitis B seperti darah, air liur, air mani, rembesan dari
faraj, air mata, mukus, air kencing dan juga susu badan. Walau
bagaimanapun, kebanyakan jangkitan adalah disebabkan oleh pemindahan
darah yang mengandungi virus. Penyakit ini boleh merebak melalui:
a. Sentuhan dengan darah orang yang dijangkiti melalui pemndahan darah, hemodialisis.
b. berkongsi jarum (seperti penyalahgunaan dadah melalui suntikan), pisau cukur, berus gigi
c. kecederaan terutamanya kepada pegawai kesihatan (seperti tercucuk
jarum, terkena percikan darah ke mata atau ke tempat luka)
d. mencacah tatu, akupunktur, elektrolisis dan menindik telinga
2. Perinatal (sekitar kehamilan)- daripada ibu kepada anak ketika kelahiran
3. Hubungan seks.
Kumpulan Berisiko Tinggi1. Penagih dadah yang menggunakan suntikan
2.
Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka
terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan (seperti doktor,
doktor gigi, jururawat, anggota dan penghuni penjara dan instituti
orang-orang cacat mental).
3 Individu yang mempunyai berbilang pasangan seks (homoseksual, biseksual atau heteroseksual).
4 Pesakit Hemodialisis
5
Penerima hasil atau produk darah seperti pesakit hemofilia dan
lain-lain masalah bekuan darah (yang tidak dijangkiti Hepatitis B).
6 Ahli keluarga dan pasangan seks kepada pembawa kuman HBV
7 Mereka yang mengidap penyakit kelamin
8
Mereka dari kumpulan etnik tertentu atau penduduk negara di mana HBV
merupakan penyakit yang sangat endemik seperti di China, Asia Tenggara,
negara Timur Tengah beberapa bahagian di benua Afrika dan Amerika
Selatan.
9 Pengembara antarabangsa yang berada lebih dari 6 bulan di negara-negara di mana HBV tersangat endemik.
Tanda dan Gejala� Gejala seakan-akan mendapat selesema
� Demam
� Sakit-sakit badan (sendi dan otot)
� Keletihan dan lemah
� Hilang selera makan
� Loya dan muntah
� Jaundis (warna kulit dan mata kekuningan)
Jenis Hepatitis BBerbentuk akut:
� Kebanyakan penghidapnya mempunyai sedikit sahaja ataupun tidak menunjukkan sebarang gejala.
� Mereka boleh menjangkiti orang lain dalam jangka waktu yang terhad.
� Mereka boleh sembuh sepenuhnya.
Berbentuk kronik (lebih serius selepas serangan yang akut)� Lazimnya, sesetengah pesakit masih tidak menunjukkan sebarang gejala yang nyata.
� Mereka boleh menjangkiti orang lain untuk jangka waktu yang tidak terhad. Mereka merupakan 'pembawa'.
� Mereka hanya boleh dikesan melalui ujian darah yang dijalankan 2 kali, dengan jarak di antara kedua-dua ujian ialah 6 bulan.
Komplikasi� Sirosis hati (penyakit kronik yang berlaku secara perlahan-lahan di mana sel hati dimusnahkan secara beransur-ansur.
� Kanser hati - lazimnya berlaku di kalangan kaum lelaki
Pengurusan SendiriLangkah-langkah umum yang perlu diambil:
� Pesakit perlu mengelakkan diri dari keletihan, mungkin perlu berehat di katil.
�
Mengamalkan pemakanan yang sihat, mengekalkan imbangan cecair dalam
badan dan mengelak dari meminum alkohol, makan makanan berlemak dan
mengambil beberapa jenis ubat yang boleh mengganggu fungsi hati
(bertanyalah doktor anda).
RawatanUntuk
kes-kes tertentu, terdapat beberapa jenis ubat-ubatan yang dapat
mengawal jangkitan. Langkah-langkah yang boleh meningkatkan kemandirian
atau survival pesakit yang menghidapi kegagalan hati termasuklah
penjagaan sokongan yang intensif serta rujukan awal untuk pemindahan
organ hati. Pemindahan hati adalah pilihan yang boleh diberikan kepada
pesakit yang mengalami peringkat akhir penyakit hati yang kronik akibat
jangkitan kuman virus.
Petua PencegahanTerdapat
2 jenis produk yang dapat mencegah jangkitan Hepatitis B: vaksin
Hepatitis B yang dapat memberi keimunan aktif dan antibodi Hepatitis B
dan HBIG (Hepatitis B Immunoglobulin) yang dapat memberi keimunan pasif
sementara. HBIG hanya digunakan sebagai pencegahan selepas terdedah
kepada kuman virus Hepatitis B.
Vaksin Hepatitis B diberi secara suntikan otot sebanyak 3 kali dalam beberapa bulan untuk memberi perlindungan sepenuhnya.
1. Suntikan pertama
2. selepas sebulan - suntikan kedua
3. selepas 6 bulan - suntikan ketiga
Kesan sampingan vaksin : kesakitan di sekitar tempat suntikan, sakit kepala, kelesuan dan demam
1. Imunisasi untuk penyakit Hepatitis B diberi selepas kelahiran.
2.
Suntikan yang diberikan kepada bayi secara rutin merupakan strategi
penghapusan primer untuk Hepatitis B. Bayi yang lahir dari seorang ibu
yang menjadi pembawa virus Hepatitis B akan diberi antibodi Hepatitis B
dan juga suntikan vaksin selepas dilahirkan.
3. Saringan untuk
virus Hepatitis; pengesanan dan rawatan awal boleh memperbaiki
kesan-kesan kesihatan dan dengan itu dapat mengurangkan kos penjagaan
kesihatan. Semua penderma darah akan disaring secara rutinnya untuk
penyakit Hepatitis B.
4. Jika anda tidak mendapat imunisasi
Hepatitis B semasa dilahirkan, dapatkan ujian darah untuk memastikan
anda tidak dijangkiti dengan hepatitis B. Antibodi Hepatitis B dan
suntikan vaksin sepenuhnya selalunya didapati berkesan untuk merawat
mereka yang terdedah kepada virus hepatitis B dan belum lagi imun.
a) Suntikan Hepatitis B sebelum pendedahan kepada golongan penduduk yang berisiko tinggi.
b) Amalkan hubungan seks yang selamat (menggunakan kondom, kenali pasangan anda).
c) Elakkan dari menyalahguna dadah dan berkongsi jarum.
d) Jangan berkongsi barangan persendirian (seperti berus gigi, bisau cukur, pengetip kuku, gunting dan pinggan-mangkuk).
e) Tolak penggunaan semula jarum atau peralatan lain yang telah
dipakai (seperti apabila menjalani rawatan akupunktur, menindik telinga
atau mencacah tatu).
f) Jika anda seorang pembawa kuman virus,
tutup luka atau kudis dan buangkan barang-barang yang telah digunakan
dengan berhati-hati. Ia mungkin mengandungi darah atau cecair badan
lain.