BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

About Me

Tuesday, January 25, 2011

ada masalah hati eh ?


Life is an echo. What you send out-comes back. What you sow-you reap. What you give-you get. What you see in others-exists in you. So stay nice even when others are NOT - unknown.


hye! kenapa kalau kita tak cari pasal dengan orang. tapi orang tu tetiba nak cari pasal? agak pelik tapi macam tak pelik sangat bila ada orang sakit kot? sakit ape? sakit HATI. eh, aku pon selalu sakit hati, tapi BERSEBAB. now the thing is, what's your problem? any issue? come, tell me! jangan jadi hipokrit. kalau suka, cakap suka. kalau benci, eh AKU LAGI BENCI KOT? okay, dapat tak point yang aku nak bgtahu tu? kalau benci, bgtahu kenapa benci boleh? i don't even know you babe! and you totally don't even KNOW me! so why judge so easily?

manusia memang complicated. but why make it more complicated? elok-elok aku tak cari pasal. tetiba nak bagi aku terasa. mak haih eloknya! mak ayah aku cakap kalau orang macam tu maknanya ada penyakit. oh, maybe betul la cakap mak ayah aku. SAKIT JIWA. jangan dengar lagu nasyid sebab nak bgtahu orang kau baik dan ayu dan eh cantik jugak kot? tapi.. dah-dah, kau pergi sucikan hati sekali.

but hey babe, silap orang kalau cari pasal dengan aku! :)
at least, tell me the valid reason why you hate me? tell me and i'll be okay. i'll be okay because i don't live TO PLEASE a person like you :)


kalau semua orang tetiba nak cari pasal, mana nak maju rakyat jelata semua? tetiba cari pasal without any REASONS macam makan kulit durian. padan muka. last-last kene diri sendiri. kthnksbye!


; ye tak layak pon nak berkawan dengan ARTIS. eh kau la ARTIS :)

Tuesday, January 11, 2011

lepas geram jap.

kalo diri tu tak la HEBAT sgt xyah la nk tunjuk2 depan aku. sakit mata dowhh. cover sket keHEBATan kaw yg sememangnye x HEBAT pon. xyah nk tunjuk kaw tu baguss. sbb kaw x bagus pon. kalo kaw bagus pon ade aku kesahhh??? xyah nk tunjuk2 depan aku kaw taw sume benda padahal kaw pon xtaw pape. LOSER jee. eee geram siot aku!

i hate myself TODAY!


oke, fine!

she's sooooooooooo damn perfect right? okey, i'm loser. again, why i'm still thinking of YOU? OMG, why i'm still waiting for you? such a longggg time wehhhhhh and i think i should move on! MOVE ON!!! siyesli, it hurtssssss.


and, i know, u will never know this. damn.

i see..

DIA semakin bahagia.
DIA hebat.
DIA semakin lain.
tapi aku tgk dr jauh ya.
sbb dia mmg 'jauhh'.



i know, i'm such a loser. HAHAHAHAHA!

Jangan Terlalu Mencari Kesempurnaan

sOmeTiMeS tHe bESt WaY To HoLd, OntO sOmEtHiNG Is To LEt iT GO

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...

Setelah dia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....

Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar KEPERLUANmu... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....

Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.



Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..

Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.

Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.. Kamu juga yang akan MENYESAL...

JANGAN TERLALU MENCARI KESEMPURNAAN

Monday, January 10, 2011

Doa Seorang Kekasih

Ya Allah....

Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi...

Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan.... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku.... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan.... Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya... Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran...

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup...